Tuesday, October 23, 2012

Antara Hobi & Kerjaya



Persoalan ini sering berlegar-legar didalam fikiran penulis.Walaupun begitu penulis tetap melukis dan terus melukis walaupun dimasa bekerja (nak hilangkan rasa bosan).Penulis juga sering tertanya kepada diri-sendiri bagaimanakah cara untuk mengubah dari melukis sekadar untuk suka-suka yakni hobi kepada kerjaya?.Atau pun penulis masih tidak get ready untuk mempertaruhkan hasil karya penulis untuk dipertontonkan kepada orang ramai seperti mana yang rakan-rakan penulis telah lakukan.Atau skill melukis penulis masih tidak hebat lagi untuk bersaing dalam arena lukisan ini?Entahlah mungkin YA atau mungkin TIDAK.Penulis sendiri pun masih ragu-ragu lagi lagi dengan keupayaan melukis penulis.Penulis akui yang penulis tidaklah sehebat pelukis yang ada pada masa kini lagipun penulis masih dalam peringkat belajar dan berusaha untuk memantapkan lagi skill lukisan yang sedia ada ini.

Selama penulis berkecimpung dalam bidang seni ini,penulis menemui ramai mereka yang amat berbakat dan pada sesetengah lukisan diorang tu sudah layak untuk dikormesialkan.Disitu pun sudah tahu akan kehebatan mereka masing-masing.Melukis ni sebenarnya takdelah sepayah membuat program komputer,dan takdelah jugak sesusah membuat sushi.Ia hanya memerlukan minat,daya tumpuan,dan yang paling penting sekali mood untuk melukis mesti ada.Kalau takde mood,lukisan sesimple orang lidi pun susah untuk disiapkan.

Kalau anda adalah antara mereka yang memandang serius didalam bidang kreatif ini,teruskanlah usaha anda itu.Jangan biarkan masalah luaran atau apa-apa sahaja menganggu proses anda untuk menghasilkan lukisan yang baik.Jangan mudah mengalah pada kritikan dan kutukan.Jadikanlah ia sebagai pedoman dan panduan untuk anda menghasilkan karya yang lebih baik dan bermutu.GANBATTEEE!!!!

*Untuk post yang akan datang penulis akan mempamerkan hasil karya terbaru yang telah penulis hasilkan

1 comment:

  1. Dah tu tunggu apa lagi. Upload karya yang terbaru tu cepat..

    ReplyDelete