Saturday, August 18, 2012

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum...Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Apa yang sedang korang buat ketika ini?sembahyang raya dah,bersalaman dengan ahli keluarga dah,kunjung-mengujungi rumah sanak-saudara pun dah. Jadi,apa yang akan korang nak lakukan seterusnya?

Makan,tido,atau duk termenung je? hehe banyak songeh pulak penulis ni kan?Ikut suka korang la nak buat apa pun kan? haha sebenarnya penulis ingin memperlihatkan hasil kerja yang telah penulis buat untuk hari raya kali ini jadi korang semua saksikanlah...

CHECK IT OUT!!!

*sebelum tu penulis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin untuk semua...


Thursday, August 9, 2012

KALAU DAH MINAT SEMUA BOLEH JADI

Seringkali apabila kita meminati sesuatu benda,kita pasti berusaha untuk memperolehi serta merealisasikannya.Penulis seringkali mendengar ungkapan,

 'KALAU DAH MINAT SEMUA BOLEH JADI'

Akan tetapi, ungkapan ini kadangkala ada juga kebenarannya kerana jikalau kita melihat didalam kehidupan seharian.Contohnya, seseorang itu amat meminati sukan bola sepak.Tanpa mengira panas dan hujan,siang dan malam, dia sentiasa berusaha melatih dirinya menjadi yang terbaik.Disebabkan usahanya itu,tanpa dia sedari telah membuatkan dirinya memiliki kelebihan yang tidak pernah dimiliki oleh orang lain dan seterusnya membuatkan dirinya berkeyakinan untuk berjaya berdasarkan perkara yang diminatinya itu.

Jika seseorang itu telah melahirkan minat pada sesuatu perkara, dia akan lebih tekun serta berinisiatif malah berkeyakinan demi untuk merelealisasikan apa yang diminatinya itu.Tidak kiralah apa pandangan orang ke atasnya sekalipun dia tetap akan berusaha dan terus berusaha untuk mengapainya.Penulis telah melihat ramai mereka yang telah berjaya disebabkan perasaan minat mereka yang menebal didalam diri masing-masing.

Begitu juga halnya dalam berkarya.Jikalau anda betul-betul berminat dalam berkarya,teruskanlah minat ini. Jangan cepat mengalah.Usah peduli apa yang orang cakapkan,yang penting anda yakin dengan minat anda dan berusaha untuk mencapai yang terbaik.Kadangkala mereka yang suka mengata ini pasti akan tergamam setelah anda memperlihatkan mutu dan hasil yang telah anda perolehi daripada minat anda itu.Jangan sia-siakan bakat yang terpendam,kelak anda pasti perolehi kejayaan yang tidak semena-mena.

Good Luck!!!

Tuesday, August 7, 2012

Bagaimanakah Mereka... ?

Saban hari jikalau ada kelapangan penulis sering sahaja menghasilkan beberapa artwork disamping itu penulis juga sempat mempelajari cara melukis dengan baik melalui tutorial yang ada di dalam simpanan penulis.Sambil berkarya itu,penulis sering sahaja mengakses laman web berkaitan seni terutamanya Deviantart.

Pada mereka yang selalu mengikuti perkembangan seni dengan kata lain ' Kaki Seni 'laman ini sudah tentu tidak asing lagi bagi mereka yang meminati serta mahu berkongsi perkara berkaitan seni.Artwork dari segenap dunia daripada yang sampah kepada yang paling hebat banyak dipertontonkan disini.
Penulis juga turut mempunyai akaun deviantart sendiri (spekmate.devianart.com)hehe promote sket!!.

Sebut tentang artwork yang hebat lagi gempak memang banyak pelukis-pelukis terhebat disini seperti Artgerm, Kasai, Reiq, Syukri Grafik dan  banyak lagi jikalau penulis senaraikan mungkin tak cukup page hehe..diorang nih punyai skill dan cara yang tersendiri dalam berkarya.Tapi persoalannya: 

1.Bagaimanakah mereka dapat hasilkan lukisan yang begitu mengagumkan?
2.Apakah skill yang mereka guna?

Dibawah ini adalah sebahagian hasil karya diorang,


Korra by Artgerm


Chun Li by Omar Dogan


Artwork by Kasai

Artwork diatas adalah sebahagian daripada perkarya-perkarya yang penulis sendiri minati.Hasil karya mereka betul-betul membuka mata penulis dan membuatkan penulis telah jatuh cinta akan bidang ini ingin pergi lebih jauh lagi.Jikalau dengan minat,usaha dan diiringi cara yang betul,tidak mustahil anda mampu menghasilkan karya yang jauh lebih hebat daripada mereka ini.

P/S:(Penulis sebenarnya masih dalam peringkat belajar,Harap dapat beri tunjuk ajar)