Tuesday, August 7, 2012

Bagaimanakah Mereka... ?

Saban hari jikalau ada kelapangan penulis sering sahaja menghasilkan beberapa artwork disamping itu penulis juga sempat mempelajari cara melukis dengan baik melalui tutorial yang ada di dalam simpanan penulis.Sambil berkarya itu,penulis sering sahaja mengakses laman web berkaitan seni terutamanya Deviantart.

Pada mereka yang selalu mengikuti perkembangan seni dengan kata lain ' Kaki Seni 'laman ini sudah tentu tidak asing lagi bagi mereka yang meminati serta mahu berkongsi perkara berkaitan seni.Artwork dari segenap dunia daripada yang sampah kepada yang paling hebat banyak dipertontonkan disini.
Penulis juga turut mempunyai akaun deviantart sendiri (spekmate.devianart.com)hehe promote sket!!.

Sebut tentang artwork yang hebat lagi gempak memang banyak pelukis-pelukis terhebat disini seperti Artgerm, Kasai, Reiq, Syukri Grafik dan  banyak lagi jikalau penulis senaraikan mungkin tak cukup page hehe..diorang nih punyai skill dan cara yang tersendiri dalam berkarya.Tapi persoalannya: 

1.Bagaimanakah mereka dapat hasilkan lukisan yang begitu mengagumkan?
2.Apakah skill yang mereka guna?

Dibawah ini adalah sebahagian hasil karya diorang,


Korra by Artgerm


Chun Li by Omar Dogan


Artwork by Kasai

Artwork diatas adalah sebahagian daripada perkarya-perkarya yang penulis sendiri minati.Hasil karya mereka betul-betul membuka mata penulis dan membuatkan penulis telah jatuh cinta akan bidang ini ingin pergi lebih jauh lagi.Jikalau dengan minat,usaha dan diiringi cara yang betul,tidak mustahil anda mampu menghasilkan karya yang jauh lebih hebat daripada mereka ini.

P/S:(Penulis sebenarnya masih dalam peringkat belajar,Harap dapat beri tunjuk ajar)


No comments:

Post a Comment