Thursday, August 9, 2012

KALAU DAH MINAT SEMUA BOLEH JADI

Seringkali apabila kita meminati sesuatu benda,kita pasti berusaha untuk memperolehi serta merealisasikannya.Penulis seringkali mendengar ungkapan,

 'KALAU DAH MINAT SEMUA BOLEH JADI'

Akan tetapi, ungkapan ini kadangkala ada juga kebenarannya kerana jikalau kita melihat didalam kehidupan seharian.Contohnya, seseorang itu amat meminati sukan bola sepak.Tanpa mengira panas dan hujan,siang dan malam, dia sentiasa berusaha melatih dirinya menjadi yang terbaik.Disebabkan usahanya itu,tanpa dia sedari telah membuatkan dirinya memiliki kelebihan yang tidak pernah dimiliki oleh orang lain dan seterusnya membuatkan dirinya berkeyakinan untuk berjaya berdasarkan perkara yang diminatinya itu.

Jika seseorang itu telah melahirkan minat pada sesuatu perkara, dia akan lebih tekun serta berinisiatif malah berkeyakinan demi untuk merelealisasikan apa yang diminatinya itu.Tidak kiralah apa pandangan orang ke atasnya sekalipun dia tetap akan berusaha dan terus berusaha untuk mengapainya.Penulis telah melihat ramai mereka yang telah berjaya disebabkan perasaan minat mereka yang menebal didalam diri masing-masing.

Begitu juga halnya dalam berkarya.Jikalau anda betul-betul berminat dalam berkarya,teruskanlah minat ini. Jangan cepat mengalah.Usah peduli apa yang orang cakapkan,yang penting anda yakin dengan minat anda dan berusaha untuk mencapai yang terbaik.Kadangkala mereka yang suka mengata ini pasti akan tergamam setelah anda memperlihatkan mutu dan hasil yang telah anda perolehi daripada minat anda itu.Jangan sia-siakan bakat yang terpendam,kelak anda pasti perolehi kejayaan yang tidak semena-mena.

Good Luck!!!

1 comment: